Isnin, 13 Disember 2010

Konvoi ke Teluk Batik....

Alhamdulillah pada 9hb Januari 2011 WIROC telah mengadakan satu konvoi secara berkeluarga ke Teluk Batik Perak. Walaupun tidak semua ahli kelab yang turut serta, tetapi konvoi tetap berjalan secara lancar dalam suasana yang menyeronokkan. Kepada ahli yang turut serta dalam konvoi tersebut, diucapkan berbanyak terima kasih diatas komitmen anda semua. Teruskan supporting anda semua terhadap kelab agar kelab akan lebih success dimasa akan datang. Insyallah MT kelab akan mengaturkan lagi aktiviti-aktiviti yang menarik dimasa-masa akan datang. Akhir sekali sekalung terima kasih daripada Kelab WIROC kepada En Shukri & Puan Jamilah diatas sumbangan dan layanan anda kepada kami. Semoga kita akan bersua lagi dimasa akan datang.. Insyallah.



 Diperkarangan Plaza Tol Bandar Baru Kedah


Diperkarangan Kedai Hasil Laut Jamilah, Lumut


Bergambar kenangan ahli WIROC bersama En Shukri & Puan Jamilah ( Pemilik Kedai )


Penyerahan cenderahati daripada En Shukri (Pemilik Kedai) kepada Pengerusi WIROC (Mizi)



            
Bergambar kenangan kaum keluarga & Ahli-ahli WIROC di dataran Teluk Batik


                                    

 Susun atur kereta kelab secara ringkas


Sabtu, 27 November 2010

Perjumpaan Ke-4 WIROC...

Sempena untuk menyambut tahun baru 2011 yang akan tiba nanti, para majlis tertinggi kelab telah memutuskan untuk mengadakan satu konvoi ke Teluk Batik pada bulan Januari 2011. Oleh itu, kelab akan membuat satu lagi perjumpaan  untuk membincangkannya. Sebelum itu, saya disini ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli kelab yang telah hadir memeriahkan majlis makan malam sempena hari raya haji baru-baru ini. Walaupun cuaca malam itu hujan, tetapi komintmen yang ditunjukkan oleh semua ahli amat memuaskan. Kepada AJK yang terlibat dalam menjayakan majlis, saya mengucapkan ribuan terima kasih. Untuk tarikh dan masa perjumpaan seterusnya sila rujuk dibawah :-

Tarikh   : 12 Disember 2010
Masa    : 5.00 petang
Lokasi  : Stadium Batu Kawan

p/s : Semua ahli diminta berkumpul di perkarangan stesen minyak shell Bukit Panchur pada pukul 4.30 petang dan bertolak secara berkonvoi ke lokasi perjumpaan.


Khamis, 11 November 2010

Majlis Makan Malam Kelab Wiroc Bersama Keluarga Sempena Hari Raya Haji

Kepada semua ahli kelab akan mengadakan majlis makan malam bersama keluarga sempena menyambut Hari Raya Haji yang akan tiba. Jesteru, saya ingin menjemput kesemua ahli untuk hadir bersama keluarga masing-masing ke majlis tersebut. Sila lihat dibawah untuk tarikh, masa dan lokasi jamuan akan dibuat:-

Tarikh  : 17hb November 2010
Masa   : 8.30pm - 10.30pm (tertakluk pada keadaan semasa)
Lokasi : Sg Bakap

Bagi ahli yang tidak tahu lokasi majlis, bolehlah berkumpul dahulu di perkarangan kilang Public Packaging Bukit Panchor pada pukul 8.00pm sebelum bertolak secara berkonvoi.

Rabu, 20 Oktober 2010

Perjumpaan Ke-3 WIROC

Kepada semua ahli members WIROC akan membuat perjumpaan ke-3 !!!

Tarikh   : 7hb Nov 2010
Tempat : Sungai Bakap
Masa    : 4.00pm - 4.15pm
              (berkumpul di stesen minyak Shell Bukit Panchor dan bergerak secara konvoi)


Kehadiran amat dititik beratkan. Minta kerjasama semua ahli terutamanya AJK hadir pada perjumpaan tersebut.
Terima Kasih.

Ahad, 17 Oktober 2010

Perjumpaan 2 Hala WIROC & CMC

Alhamdulillah, tanggal 17hb Okt 2010 menjadi sejarah apabila 2 buah kelab kereta iaitu WIROC (Wira Owner's Club) dan CMC (Comunity Members Club) telah bertemu dan bersuai kenal antara sesama ahlinya. Pada pertemuan tersebut, kedua-dua Presiden kelab telah mencapai kata sepakat untuk berkejasama didalam pelbagai aspek yang dapat memberi faedah kepada kedua-dua buah kelab. Saya disini sebagai Pengerusi WIROC ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli WIROC yang telah hadir pada hari tersebut. Disamping itu, jutaan terima kasih kepada CMC yang sudi bertemu dengan WIROC atas dasar landasan persahabatan. Diharap kerjasama WIROC dan CMC akan berterusan dan lebih erat dimasa-masa akan datang.



Kedua-dua presiden kelab WIROC (kiri) & CMC (kanan) berjabat tangan sebagai tanda persahabatan serta kerjasama bagi ke-2 buah kelab.

Khamis, 14 Oktober 2010

Perjumpaan Ke-2 Kelab WIROC

WIROC akan mengadakan perjumpaan ahli kelab ke-2. Diminta semua ahli-ahli dapat menghadirkan diri pada perjumpaan tersebut. Terdapat beberapa agenda penting yang akan diberitahu dan dibincangkan terutamanya penyusunan aktiviti-aktiviti kelab yang bakal dibuat. Komintmen ahli amat diharapkan. Berikut adalah tarikh serta vaneu lokasi perjumpaan :-

Tarikh  : 17hb Okt 2010
Lokasi : Bandar Baru, Kedah
Masa   : 4.30pm - 7.00pm

Ahad, 3 Oktober 2010

Klip video suasana perjumpaan pertama kelab...








                               

Terima kasih kepada semua member-member kelab yang telah hadir. Kepada saudara Saiful yang telah sponser makanan dan minuman pada hari perjumpaan tersebut, semua member-member kelab mengucapkan jutaan terima kasih.

Suasana semasa perjumpaan kelab yang pertama...

Seramai 15 orang ahli telah hadir daripada 19 orang ahli. walaubagaimanapun ini tetap menunjukkan komitmen ahli-ahli terhadap kelab yamg baru ditubuhkan. terima kasih kepada supporting ahli yang telah hadir...



















Antara barisan ahli-ahli kelab yang hadir
Dari kanan :-
 Yazar, Saiful, Mizi, Fendi, Hasrul, Rodhi, Pekjai, Zurait, Lie, Atan, Afiz
Tiada dalam gambar :-
Yazid, Ramat, Shahril

Sabtu, 25 September 2010

Perjumpaan Pertama Kelab

Kepada semua ahli-ahli, kelab akan mengadakan perjumpaan pertama kelab pada bulan ini. Sila semak jadual dibawah:-

Tarikh : 3 Oktober 2010
Masa  : Jam 4.30 petang.
Lokasi : Ampang Jajar Nibong Tebal
             (Perubahan tempat tertakluk kepada faktor keadaan cuaca semasa)

Antara agenda yang bakal diusulkan ialah :-
  1. Suai kenal ahli
  2. Pemilihan logo kelab
  3. Penetapan tarikh ulangtahun kelab
  4. Cadangan masa dan tarik perjumpaan kelab seterusnya
  5. Mendengar cadangan tentang kelab dari semua ahli
Diharap semua ahli dapat meghadirkan diri pada hari tersebut. Terima Kasih.

Apa Itu WIROC ?

WIROC (Wira Owner's Club) adalah sebuah kelab kereta yang baru ditubuhkan bagi mengumpul pemilik-pemilik kenderaan nasional jenis wira (sedan / aeroback). Tujuan penubuhan kelab adalah untuk menambah lebih ramai kenalan dari seluruh malaysia tidak kira kaum mahupun bangsa sejajar dengan seruan 1MALAYSIA yang sedang rancak diwar-warkan  oleh kerajaan. Selain dapat bertukar-tukar pendapat dan pandangan dari pelbagai topik, banyak aktiviti-aktiviti riadah yang bakal dianjurkan oleh kelab antaranya autoshow, berkonvoi, majlis makan malam bersama keluarga, sukaneka, program kemasyarakatan dan lain-lain lagi. Walaubagaimanapun kelab masih diperingkat permulaan dan memerlukan sedikit masa lagi untuk menjayakan semuanya. Oleh itu, WIROC amat mengalu-alukan peryertaan ahli baru yang ingin bersama-sama dengan kami. Buat sementara ini, kami mengutamakan ahli dari bahagian Utara. Untuk keterangan lebih lanjut boleh berhubung terus dengan AJK @ MT kelab.