Alhamdulillah pada 9hb Januari 2011 WIROC telah mengadakan satu konvoi secara berkeluarga ke Teluk Batik Perak. Walaupun tidak semua ahli kelab yang turut serta, tetapi konvoi tetap berjalan secara lancar dalam suasana yang menyeronokkan. Kepada ahli yang turut serta dalam konvoi tersebut, diucapkan berbanyak terima kasih diatas komitmen anda semua. Teruskan supporting anda semua terhadap kelab agar kelab akan lebih success dimasa akan datang. Insyallah MT kelab akan mengaturkan lagi aktiviti-aktiviti yang menarik dimasa-masa akan datang. Akhir sekali sekalung terima kasih daripada Kelab WIROC kepada En Shukri & Puan Jamilah diatas sumbangan dan layanan anda kepada kami. Semoga kita akan bersua lagi dimasa akan datang.. Insyallah.
Diperkarangan Plaza Tol Bandar Baru Kedah
Diperkarangan Kedai Hasil Laut Jamilah, Lumut
Bergambar kenangan ahli WIROC bersama En Shukri & Puan Jamilah ( Pemilik Kedai )
Penyerahan cenderahati daripada En Shukri (Pemilik Kedai) kepada Pengerusi WIROC (Mizi)
Bergambar kenangan kaum keluarga & Ahli-ahli WIROC di dataran Teluk Batik
Susun atur kereta kelab secara ringkas
Kepada semua ahli kelab akan mengadakan satu konvoi berkeluarga ke Teluk Batik. Oleh itu, kutipan sebanyak RM5 berbentuk tunai akan dikenakan kepada mereka yang berminat untuk menyertai konvoi. Tarikh tutup serahan wang kutipan adalah selewatnya pada 31 Disember 2010. Kepada yang berminat bolehlah menghubungi AJK-AJK kelab untuk penyerahan wang penyertaan. Untuk tarikh, masa dan lokasi berkumpul sebelum perjalanan sila rujuk dibawah :-
Tarikh : 9 Januari 2011 (Ahad)
Masa : 7.00pg
Lokasi : Dataran Bandar Baru, Kedah
Untuk sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan AJK-AJK kelab.
Hasrul : 012-4564167 ( Parit Buntar )
Lie : 012-5080367 ( Nibong Tebal )
Pekjan : 017-4922115 ( Sg Bakap )
Yazid : 012-4838684 ( Nibong Tebal )
Mizi : 012-5597200 ( Parit Buntar )
3 ulasan:
Jom beramai-ramai kita gegarkan teluk batik...
assalamualaikum....
saya zul dari kelab wira area kl...
kitorang pun ada konvoi kat teluk batik gak pada ari tu hari sabtu dan ahad.bleh la mai lepak skali....kita join skali..2 pun kalau geng2 wiroc sampai awai la.sbb kami bertolak balik dari teluk batik pada pukul 12 tgh hr 9hb..bleh la kita berhimpun bersama kenal2 kelab WIROC ngan WICC dari kl ni..
ni akaun FB saya....
http://www.facebook.com/Matzul
wasalam...
minta maaf saya baru baca msg dr zul. Jd xtau WICC ada jgk kat Telub Batik. Kami tau pun masa sampai sana ja. Apa2 pun kami geng WIROC ucap terima kasih atas perlawaan dr WICC. Insyaallah dimasa depan mungkin kita boleh atur lain perjumpaan antara WIROC & WICC...
Catat Ulasan