Jumaat, 4 Mac 2011

Futsal

Alhamdulillah...

Pada 13hb Mac 2011, satu perlawanan futsal persahabatan diantara WIROC menentang CMC telah dapat dijayakan dengan lancarnya. Walaupun pada malam tersebut hujun turun dengan renyai-renyai, perlawanan tetap diteruskan tanpa sebarang masalah. Objektif utama WIROC menjemput CMC mengadakan perlawanan futsal ialah tidak lain tidak bukan untuk mengeratkan lagi pertalian persahabatan diantara ahli-ahli sesama kelab. Walaupun kita berlainan kelab, tetapi itu tidak bermakna kita tidak boleh menjalinkan persahabatan. Ini adalah antara langkah pertama WIROC untuk menyahut seruan "1 Malaysia" yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri kita. Insyallah, dimasa-masa akan datang akan lebih banyak lagi aktiviti-aktiviti riadah yang berfaedah yang dibuat demi mewujudkan satu gaya hidup yang sihat. Selain itu juga, WIROC juga mengalu-alukan sekiranya terdapat mana-mana kelab untuk tampil bekerjasama dengan WIROC bagi mengadakan aktiviti-aktiviti yang berfaedah untuk kebaikan semua, insyallah..


Bergambar kenangan WIROC FC & CMC FC

Pengerusi WIROC (berbaju putih) bersalaman dengan Pengerusi CMC (berbaju Orange) tanda persahabatan kedua-dua kelab serta sebagai perasmian perlawanan



Satu perlawanan persabatan futsal akan diadakan diantara WIROC bertemu dengan CMC. Sebanyak 4 pasukan masing-masing 2 dari CMC dan 2 dari WIROC akan berentap. Tujuan diadakan perlawanan futsal tersebut adalah untuk mengeratkan lagi hubungan kedua-dua kelab yang telah lama terjalin. Kepada semua ahli-ahli WIROC dapat sekiranya datang beramai-ramai bagi memberi sokongan padu kepada team WIROC. Berikut adalah tarikh dan vaneu perlawanan :-

Tarikh   : 13hb Mac 2011
Masa    : 8.30mlm-10.30mlm (2jam)
Tempat : Gelanggang futsal Pekan Baru, Parit Buntar Perak.

1 ulasan:

Kepada player-player team wiroc. Wish all the best.. Make we pround of you..

Catat Ulasan