Alhamdulillah, pada 23hb April 2011 WIROC telah menganjurkan satu lagi program. Aktiviti kali ini ialah satu mini konvoi ke R&R Bagan Ajam. Walaupun destinasinya tidak sejauh sepertimana konvoi ke Teluk Batik, tetapi supporting dari semua ahli telah memeriahkan lagi suasana. Pada mini konvoi tersebut juga, WIROC telah menyelitkan lagi satu aktiviti iaitu, Barbie-Q pada malam harinya. Walaupun terdapat sedikit kekurangan pada acara Barbie-Q tersebut, tetapi semuanya tetap berjalan lancar. Terlebih dahulu Majlis Tertinggi WIROC ingin mengucapkan terima kasih kepada Brother Yazar yang telah sponser ikan, Brother Suhaidi (sponser nasi lemak) dan Brother Hasrul (sponser kuih muih dan puding). Terima kasih kepada semua ajk WIROC serta semua ahli-ahli yang telah turut sama menjayakan program tersebut. Insyaallah pada masa-masa akan datang, WIROC akan menganjurkan lebih banyak aktiviti-aktiviti yang lebih menarik. Berikut dibawah antara slot-slot gambar menarik semasa konvoi dan acara Barbie-Q :-
Konvoi dalam perjalanan menuju ke destinasi (R&R Bagan Ajam)
Konvoi tiba di R&R
Antara susun atur kereta ahli yang turut serta (sori bro.. parking penuh la)
Antara ahli kelab berbicang untuk memilih lokasi santai
Antara sanak-saudara ahli kelab yang turut sama (Thanks for supporting us)
Brother Mizi memberi sedikit taklimat kepada ahli-ahli (Listen to me.. haha..)
Brother kita menunjukkan teknik nyalakan api yang betul (macam-macam ada.. haha)
Brother Pijan (kiri) sempat memberikan pose paling cute ( hahahaha)
Pukul berapa boleh start bakar ayam nih Bro Nuar (dua dari kanan)... Api tak nyala-nyala lagi.. haha..
Brother Yazid & Isteri dan anak
WIROC akan mengadakan mini konvoi ke R&R Bagan Ajam Seberang Perai. Oleh itu, kepada semua ahli kelab diminta untuk berkumpul di Shell Bukit Pancur Nibong Tebal. Konvoi akan bergerak pada sebelah petang dan akan berakhir pada malam harinya. Dalam konvoi tersebut, akan diadakan mini Barbie-Q sambil bersantai bersama ahli keluarga WIROC. Oleh itu, semua ahli kelab dijemput utuk sama-sama turun memeriahkan mini konvoi tersebut. Sila rujuk dibawah untuk maklumat tarikh dan masa:-
Tarikh : 23hb April 2011 (Sabtu)
Masa : 4.30 petang (5.00 petang bertolak)
Tempat berkumpul : Shell Bukit Pancur Nibong Tebal
Destinasi : R&R Bagan Ajam Seberang Perai
Sebarang pertanyaan lanjut hubungi AJK kelab, Terima Kasih.
0 ulasan:
Catat Ulasan