Ucapan tahniah diucapkan kepada semua members WIROC yang turut serta pada Konvoi Sedim baru-baru ini. Rata-rata konvoi kali ini telah mencapai matlamat yang kelab harapkan. Kepada semua members, terima kasih diucapkan atas komitmen yang diberi. Majlis Tertinggi kelab berharap agar semua members mengekalkan komitmen anda kepada kelab WIROC. Insyaallah dimasa-masa hadapan akan banyak lagi aktiviti yang bakal dianjurkan oleh kelab. Semoga WIROC akan lebih maju dimasa akan datang. Berikut dibawah adalah antara highlight gambar-gambar semasa konvoi:-
Kepada semua members kelab, saat yang dinanti-nanti telah tiba.WIROC akan menganjurkan satu lagi konvoi ke Hutan Lipur Sedim. Semua members kelab dijemput untuk hadir turut serta dalam konvoi tersebut bagi memeriahkan acara. Boleh membawa keluarga masing-masing bagi yang sudah berkeluarga, bagi yang masih solo boleh membawa rakan sebagai teman. Tidak digalakkan memandu berseorangan untuk mengelakkan boring ataupun mengantuk. Sila pakai baju rasmi kelab semasa konvoi, kepada ahli baru dikecualikan (pakaian bebas). Rujuk jadual dibawah untuk mengetahui masa, lokasi dan tarikh yang ditetapkan.
Tarikh : 24hb Julai 2011
Masa : 8.30pagi
Lokasi berkumpul : Stesen minyak Caltex Sungai Bakap
Destinasi : Hutan Lipur Sedim, Kulim
Pakaian : Baju rasmi kelab (bagi yang sudah ada)









1 ulasan:
jom ramai2 turun pada 24hb konvoi ke sedim...
Catat Ulasan