Alhamdulillah, pada 23hb April 2011 WIROC telah menganjurkan satu lagi program. Aktiviti kali ini ialah satu mini konvoi ke R&R Bagan Ajam. Walaupun destinasinya tidak sejauh sepertimana konvoi ke Teluk Batik, tetapi supporting dari semua ahli telah memeriahkan lagi suasana. Pada mini konvoi tersebut juga, WIROC telah menyelitkan lagi satu aktiviti iaitu, Barbie-Q pada malam harinya. Walaupun terdapat sedikit kekurangan pada acara Barbie-Q tersebut, tetapi semuanya tetap berjalan lancar. Terlebih dahulu Majlis Tertinggi WIROC ingin mengucapkan terima kasih kepada Brother Yazar yang telah sponser ikan, Brother Suhaidi (sponser nasi lemak) dan Brother Hasrul (sponser kuih muih dan puding). Terima kasih kepada semua ajk WIROC serta semua ahli-ahli yang telah turut sama menjayakan program tersebut. Insyaallah pada masa-masa akan datang, WIROC akan menganjurkan lebih banyak aktiviti-aktiviti yang lebih menarik. Berikut dibawah antara slot-slot gambar menarik semasa konvoi dan acara Barbie-Q :-
Konvoi dalam perjalanan menuju ke destinasi (R&R Bagan Ajam)
Konvoi tiba di R&R
Antara susun atur kereta ahli yang turut serta (sori bro.. parking penuh la)
Antara ahli kelab berbicang untuk memilih lokasi santai
Antara sanak-saudara ahli kelab yang turut sama (Thanks for supporting us)
Brother Mizi memberi sedikit taklimat kepada ahli-ahli (Listen to me.. haha..)
Brother kita menunjukkan teknik nyalakan api yang betul (macam-macam ada.. haha)
Brother Pijan (kiri) sempat memberikan pose paling cute ( hahahaha)
Pukul berapa boleh start bakar ayam nih Bro Nuar (dua dari kanan)... Api tak nyala-nyala lagi.. haha..
Brother Yazid & Isteri dan anak
