Rabu, 18 Januari 2012

Bagaimana untuk menjadi ahli kelab WIROC ??

Terima kasih kepada individu yang telah sudi melayari blog WIROC. Disini kami WIROC ingin menjemput sesiapa sahaja yang berminat untuk 'join' kelab WIROC bolehlah menghubungi nama AJK yang terdapat pada borang yang boleh dimuat turun secara percuma daripada blog ini. Dengan berbesar hati, kami akan melayani setiap pertanyaan daripada anda..

Sabtu, 5 November 2011

Sticker

      
        Untuk makluman, kepada semua ahli kelab WIROC. pada 13hb Nov 2011 (Ahad) jam 3ptg, kita akan buat satu perjumpaan bertempat di DELONE STICKER Parit Buntar Perak. Atas sebab-sebab tertentu, akan terdapat sedikit perubahan pada sticker hadapan kereta dan semua ahli wajib menukarkan kepada yang terbaru. Oleh itu, diminta kerjasama semua ahli dapat turun pada hari tersebut.
        Selain itu, pada hari tersebut akan diadakan sesi photography kelab (atas permintaan DELONE STICKER) untuk edisi majalah keluaran mereka. Sebarang pertanyaan sila hubungi AJK kelab untuk keterangan selanjutnya.. Harap Maklum.. Terima Kasih...

WIROC Drive For Fun

Khamis, 15 September 2011

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri & Ulangtahun Kelab WIROC

WIROC akan mengadakan rumah terbuka kelab untuk Ulangtahun Kelab WIROC dan sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri. Majlis Tertinggi dengan berbesar hati ingin menjemput semua ahli-ahli dan sesiapa sahaja yang terbaca artikel jemputan ini untuk hadir. Pelbagai juadah akan disediakan untuk santapan para hadirin yang hadir. Semoga dengan kehadiran anda semua dapat memeriahkan lagi majlis yang kami anjurkan.

Tarikh  : 25hb September 2011
Masa   : 4.00ptg - 9.30mlm
Lokasi : No. 17 Jalan Seruling Emas, Taman Seruling Emas 14200 Sg Bakap SPS

Digalakkan untuk memakai pakaian yang bersesuaian sempena sambutan hari raya. Untuk sebarang pertanyaan & keterangan lebih lanjut sila hubungi :
  • Mizi  (012-5597200)
  • Yazid (012-4838684)
  • Faizal (017-5216860)
  • Taufik (012-5521756)
  • Anuar (012-5613702)

Sabtu, 6 Ogos 2011

Majlis Berbuka Puasa WIROC

Untuk makluman semua members, sempena bulan ramadan yang mulia ini kelab WIROC akan mengadakan satu majlis berbuka puasa. Justeru itu, Majlis Tertinggi kelab ingin menjemput semua members untuk turut serta bersama-sama pada majlis tersebut. Berikut adalah butir-butir maklumat majlis tersebut:-

Tarikh    : 20hb Ogos 2011 bersamaan 20 Ramadhan 1432H (Sabtu)
Lokasi   : Cafe Hazirah, Sungai Bakap S.P.S
Masa     : 6.00ptg-6.30ptg
               (berkumpul di Stesen Minyak Caltex Sg Bakap dan bergerak secara konvoi ke lokasi)
Kutipan : Sila rujuk kepada mereka yang dilantik :-
               (Anuar WA011, Taufik WS010 & Faizal WS002)

Kepada members yang telah berumahtangga, kelab membenarkan untuk membawa keluarga masing-masing (isteri & anak) untuk turut serta pada majlis tersebut. Harap Maklum.

..-**-..  SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA AHLI KELAB WIROC  ..-**-..

Khamis, 14 Julai 2011

Konvoi ke Sedim Kulim Kedah D.A

Ucapan tahniah diucapkan kepada semua members WIROC yang turut serta pada Konvoi Sedim  baru-baru ini. Rata-rata konvoi kali ini telah mencapai matlamat yang kelab harapkan. Kepada semua members, terima kasih diucapkan atas komitmen yang diberi. Majlis Tertinggi kelab berharap agar semua members mengekalkan komitmen anda kepada kelab WIROC. Insyaallah dimasa-masa hadapan akan banyak lagi aktiviti yang bakal dianjurkan oleh kelab. Semoga WIROC akan lebih maju dimasa akan datang. Berikut dibawah adalah antara highlight gambar-gambar semasa konvoi:-











Rabu, 20 April 2011

Mini Konvoi WIROC & Barbie-Q


Alhamdulillah, pada 23hb April 2011 WIROC telah menganjurkan satu lagi program. Aktiviti kali ini ialah satu mini konvoi ke R&R Bagan Ajam. Walaupun destinasinya tidak sejauh sepertimana konvoi ke Teluk Batik, tetapi supporting dari semua ahli telah memeriahkan lagi suasana. Pada mini konvoi tersebut juga, WIROC telah menyelitkan lagi satu aktiviti iaitu, Barbie-Q pada malam harinya. Walaupun terdapat sedikit kekurangan pada acara Barbie-Q tersebut, tetapi semuanya tetap berjalan lancar. Terlebih dahulu Majlis Tertinggi WIROC ingin mengucapkan terima kasih kepada Brother Yazar yang telah sponser ikan, Brother Suhaidi (sponser nasi lemak) dan Brother Hasrul (sponser kuih muih dan puding). Terima kasih kepada semua ajk WIROC serta semua ahli-ahli yang telah turut sama menjayakan program tersebut. Insyaallah pada masa-masa akan datang, WIROC akan menganjurkan lebih banyak aktiviti-aktiviti yang lebih menarik. Berikut dibawah antara slot-slot gambar menarik semasa konvoi dan acara Barbie-Q :-


Konvoi dalam perjalanan menuju ke destinasi (R&R Bagan Ajam)

Konvoi tiba di R&R

Antara susun atur kereta ahli yang turut serta (sori bro.. parking penuh la)

Antara ahli kelab berbicang untuk memilih lokasi santai


Antara sanak-saudara ahli kelab yang turut sama (Thanks for supporting us)

Brother Mizi memberi sedikit taklimat kepada ahli-ahli (Listen to me.. haha..)

Brother kita menunjukkan teknik nyalakan api yang betul (macam-macam ada.. haha)

Brother Pijan (kiri) sempat memberikan pose paling cute ( hahahaha)

Pukul berapa boleh start bakar ayam nih Bro Nuar (dua dari kanan)... Api tak nyala-nyala lagi.. haha..

Brother Yazid & Isteri dan anak



Jumaat, 4 Mac 2011

Futsal

Alhamdulillah...

Pada 13hb Mac 2011, satu perlawanan futsal persahabatan diantara WIROC menentang CMC telah dapat dijayakan dengan lancarnya. Walaupun pada malam tersebut hujun turun dengan renyai-renyai, perlawanan tetap diteruskan tanpa sebarang masalah. Objektif utama WIROC menjemput CMC mengadakan perlawanan futsal ialah tidak lain tidak bukan untuk mengeratkan lagi pertalian persahabatan diantara ahli-ahli sesama kelab. Walaupun kita berlainan kelab, tetapi itu tidak bermakna kita tidak boleh menjalinkan persahabatan. Ini adalah antara langkah pertama WIROC untuk menyahut seruan "1 Malaysia" yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri kita. Insyallah, dimasa-masa akan datang akan lebih banyak lagi aktiviti-aktiviti riadah yang berfaedah yang dibuat demi mewujudkan satu gaya hidup yang sihat. Selain itu juga, WIROC juga mengalu-alukan sekiranya terdapat mana-mana kelab untuk tampil bekerjasama dengan WIROC bagi mengadakan aktiviti-aktiviti yang berfaedah untuk kebaikan semua, insyallah..


Bergambar kenangan WIROC FC & CMC FC

Pengerusi WIROC (berbaju putih) bersalaman dengan Pengerusi CMC (berbaju Orange) tanda persahabatan kedua-dua kelab serta sebagai perasmian perlawanan


Isnin, 13 Disember 2010

Konvoi ke Teluk Batik....

Alhamdulillah pada 9hb Januari 2011 WIROC telah mengadakan satu konvoi secara berkeluarga ke Teluk Batik Perak. Walaupun tidak semua ahli kelab yang turut serta, tetapi konvoi tetap berjalan secara lancar dalam suasana yang menyeronokkan. Kepada ahli yang turut serta dalam konvoi tersebut, diucapkan berbanyak terima kasih diatas komitmen anda semua. Teruskan supporting anda semua terhadap kelab agar kelab akan lebih success dimasa akan datang. Insyallah MT kelab akan mengaturkan lagi aktiviti-aktiviti yang menarik dimasa-masa akan datang. Akhir sekali sekalung terima kasih daripada Kelab WIROC kepada En Shukri & Puan Jamilah diatas sumbangan dan layanan anda kepada kami. Semoga kita akan bersua lagi dimasa akan datang.. Insyallah.



 Diperkarangan Plaza Tol Bandar Baru Kedah


Diperkarangan Kedai Hasil Laut Jamilah, Lumut


Bergambar kenangan ahli WIROC bersama En Shukri & Puan Jamilah ( Pemilik Kedai )


Penyerahan cenderahati daripada En Shukri (Pemilik Kedai) kepada Pengerusi WIROC (Mizi)



            
Bergambar kenangan kaum keluarga & Ahli-ahli WIROC di dataran Teluk Batik


                                    

 Susun atur kereta kelab secara ringkas


Sabtu, 27 November 2010

Perjumpaan Ke-4 WIROC...

Sempena untuk menyambut tahun baru 2011 yang akan tiba nanti, para majlis tertinggi kelab telah memutuskan untuk mengadakan satu konvoi ke Teluk Batik pada bulan Januari 2011. Oleh itu, kelab akan membuat satu lagi perjumpaan  untuk membincangkannya. Sebelum itu, saya disini ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli kelab yang telah hadir memeriahkan majlis makan malam sempena hari raya haji baru-baru ini. Walaupun cuaca malam itu hujan, tetapi komintmen yang ditunjukkan oleh semua ahli amat memuaskan. Kepada AJK yang terlibat dalam menjayakan majlis, saya mengucapkan ribuan terima kasih. Untuk tarikh dan masa perjumpaan seterusnya sila rujuk dibawah :-

Tarikh   : 12 Disember 2010
Masa    : 5.00 petang
Lokasi  : Stadium Batu Kawan

p/s : Semua ahli diminta berkumpul di perkarangan stesen minyak shell Bukit Panchur pada pukul 4.30 petang dan bertolak secara berkonvoi ke lokasi perjumpaan.


Khamis, 11 November 2010

Majlis Makan Malam Kelab Wiroc Bersama Keluarga Sempena Hari Raya Haji

Kepada semua ahli kelab akan mengadakan majlis makan malam bersama keluarga sempena menyambut Hari Raya Haji yang akan tiba. Jesteru, saya ingin menjemput kesemua ahli untuk hadir bersama keluarga masing-masing ke majlis tersebut. Sila lihat dibawah untuk tarikh, masa dan lokasi jamuan akan dibuat:-

Tarikh  : 17hb November 2010
Masa   : 8.30pm - 10.30pm (tertakluk pada keadaan semasa)
Lokasi : Sg Bakap

Bagi ahli yang tidak tahu lokasi majlis, bolehlah berkumpul dahulu di perkarangan kilang Public Packaging Bukit Panchor pada pukul 8.00pm sebelum bertolak secara berkonvoi.

Rabu, 20 Oktober 2010

Perjumpaan Ke-3 WIROC

Kepada semua ahli members WIROC akan membuat perjumpaan ke-3 !!!

Tarikh   : 7hb Nov 2010
Tempat : Sungai Bakap
Masa    : 4.00pm - 4.15pm
              (berkumpul di stesen minyak Shell Bukit Panchor dan bergerak secara konvoi)


Kehadiran amat dititik beratkan. Minta kerjasama semua ahli terutamanya AJK hadir pada perjumpaan tersebut.
Terima Kasih.

Ahad, 17 Oktober 2010

Perjumpaan 2 Hala WIROC & CMC

Alhamdulillah, tanggal 17hb Okt 2010 menjadi sejarah apabila 2 buah kelab kereta iaitu WIROC (Wira Owner's Club) dan CMC (Comunity Members Club) telah bertemu dan bersuai kenal antara sesama ahlinya. Pada pertemuan tersebut, kedua-dua Presiden kelab telah mencapai kata sepakat untuk berkejasama didalam pelbagai aspek yang dapat memberi faedah kepada kedua-dua buah kelab. Saya disini sebagai Pengerusi WIROC ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli WIROC yang telah hadir pada hari tersebut. Disamping itu, jutaan terima kasih kepada CMC yang sudi bertemu dengan WIROC atas dasar landasan persahabatan. Diharap kerjasama WIROC dan CMC akan berterusan dan lebih erat dimasa-masa akan datang.



Kedua-dua presiden kelab WIROC (kiri) & CMC (kanan) berjabat tangan sebagai tanda persahabatan serta kerjasama bagi ke-2 buah kelab.

Khamis, 14 Oktober 2010

Perjumpaan Ke-2 Kelab WIROC

WIROC akan mengadakan perjumpaan ahli kelab ke-2. Diminta semua ahli-ahli dapat menghadirkan diri pada perjumpaan tersebut. Terdapat beberapa agenda penting yang akan diberitahu dan dibincangkan terutamanya penyusunan aktiviti-aktiviti kelab yang bakal dibuat. Komintmen ahli amat diharapkan. Berikut adalah tarikh serta vaneu lokasi perjumpaan :-

Tarikh  : 17hb Okt 2010
Lokasi : Bandar Baru, Kedah
Masa   : 4.30pm - 7.00pm

Ahad, 3 Oktober 2010

Klip video suasana perjumpaan pertama kelab...








                               

Terima kasih kepada semua member-member kelab yang telah hadir. Kepada saudara Saiful yang telah sponser makanan dan minuman pada hari perjumpaan tersebut, semua member-member kelab mengucapkan jutaan terima kasih.

Suasana semasa perjumpaan kelab yang pertama...

Seramai 15 orang ahli telah hadir daripada 19 orang ahli. walaubagaimanapun ini tetap menunjukkan komitmen ahli-ahli terhadap kelab yamg baru ditubuhkan. terima kasih kepada supporting ahli yang telah hadir...



















Antara barisan ahli-ahli kelab yang hadir
Dari kanan :-
 Yazar, Saiful, Mizi, Fendi, Hasrul, Rodhi, Pekjai, Zurait, Lie, Atan, Afiz
Tiada dalam gambar :-
Yazid, Ramat, Shahril

Sabtu, 25 September 2010

Perjumpaan Pertama Kelab

Kepada semua ahli-ahli, kelab akan mengadakan perjumpaan pertama kelab pada bulan ini. Sila semak jadual dibawah:-

Tarikh : 3 Oktober 2010
Masa  : Jam 4.30 petang.
Lokasi : Ampang Jajar Nibong Tebal
             (Perubahan tempat tertakluk kepada faktor keadaan cuaca semasa)

Antara agenda yang bakal diusulkan ialah :-
  1. Suai kenal ahli
  2. Pemilihan logo kelab
  3. Penetapan tarikh ulangtahun kelab
  4. Cadangan masa dan tarik perjumpaan kelab seterusnya
  5. Mendengar cadangan tentang kelab dari semua ahli
Diharap semua ahli dapat meghadirkan diri pada hari tersebut. Terima Kasih.

Apa Itu WIROC ?

WIROC (Wira Owner's Club) adalah sebuah kelab kereta yang baru ditubuhkan bagi mengumpul pemilik-pemilik kenderaan nasional jenis wira (sedan / aeroback). Tujuan penubuhan kelab adalah untuk menambah lebih ramai kenalan dari seluruh malaysia tidak kira kaum mahupun bangsa sejajar dengan seruan 1MALAYSIA yang sedang rancak diwar-warkan  oleh kerajaan. Selain dapat bertukar-tukar pendapat dan pandangan dari pelbagai topik, banyak aktiviti-aktiviti riadah yang bakal dianjurkan oleh kelab antaranya autoshow, berkonvoi, majlis makan malam bersama keluarga, sukaneka, program kemasyarakatan dan lain-lain lagi. Walaubagaimanapun kelab masih diperingkat permulaan dan memerlukan sedikit masa lagi untuk menjayakan semuanya. Oleh itu, WIROC amat mengalu-alukan peryertaan ahli baru yang ingin bersama-sama dengan kami. Buat sementara ini, kami mengutamakan ahli dari bahagian Utara. Untuk keterangan lebih lanjut boleh berhubung terus dengan AJK @ MT kelab.